Cari @ Amanz

Tampil Berbeza Dengan OPPO Find N2 Flip – Peranti Kecil Tapi Canggih

Link Copied!

Seiring dengan perkembangan masa,  pelbagai inovasi mula dilihat muncul dalam arena teknologi. Ini termasuklah kewujudan semula peranti pintar boleh lipat yang pernah terkenal suatu ketika dahulu. Peranti boleh lipat seperti ini terkenal dengan kemampuan untuk dilipat, sekaligus menjadikannya lebih mini dan kompak untuk dibawa dan digunakan. 

OPPO juga tidak ingin ketinggalan sama dalam arus teknologi ini melalui penawaran telefon pintar dengan skrin boleh lipat OPPO Find N2 Flip. Menurut OPPO, buat masa ini, prestasi bateri dan skrin luarannya adalah lebih baik berbanding pesaing pesaing lain di pasaran. 

Rekaan Mesra Poket

Jika dahulu, peranti boleh lipat didatangkan dengan skrin pada bahagian atas dan pad kekunci pada bahagian bawah. Namun, memandangkan peranti hari ini kebanyakannya menggunakan skrin sesentuh sahaja, OPPO menyertakan rekaan skrin OPPO Find N2 Flip  dengan skrin yang lebih menyeluruh, bersama nisbah skrin ke badan sehingga 86.48%.

OPPO Find N2 Flip ini dilengkapi dengan rekaan yang mesra poket, menjadikannya mudah untuk dipegang, diguna dan disimpan. Selain itu, peranti ini juga didatangkan dengan skrin luaran menegak bersaiz 3.26 inci, yang merupakan skrin luaran paling besar jika dibandingkan dengan pesaing pesaing lain.

Skrin luaran ini juga boleh berfungsi sebagai skrin paparan kedua yang memberikan pengalaman rakaman yang lebih baik. Ini kerana, skrin luaran ini membantu anda untuk melihat dan menentukan komposisi sebelum mengambil gambar atau merakam video. Oleh itu, anda pasti akan mendapat kualiti gambar atau rakaman yang lebih baik dan berkualiti. Kewujudan skrin luaran ini turut memudahkan anda untuk membalas mesej, melihat notifikasi dan menggunakan widget, tanpa perlu membuka peranti mahupun aplikasi. Skrin luaran ini juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan telefon, memandangkan ia terbina dengan fungsi speaker dan Bluetooth. 

Bagi memberikan kelainan pada peranti ini, OPPO Find N2 Flip turut hadir dengan fungsi Always-On-Display, yang memberikan peluang kepada pengguna untuk memperibadikan skrin luaran. Ini termasukah dengan cara mengekspresikan kreativiti dan personaliti melalui avatar Bitmoji, GIF-T dan Cover Screen Interactive Pets, yang kelihatan cukup comel dan menarik buat hiasan skrin luaran anda. 

Tiada Lagi Kerisauan Skrin Dengan Kesan Lipatan Skrin

Salah satu perkara yang mungkin menjadi kerisauan pengguna dalam membeli telefon pintar dengan skrin boleh lipat adalah kesan lipatan pada skrin. Kesan lipatan yang ketara secara tidak langsung boleh menganggu pengalaman penggunaan peranti, selain membuatkan skrin kelihatan tidak cantik untuk dipandang. Namun, dengan OPPO Find N2 Flip, anda tidak lagi perlu risau kerana ia menggunakan engsel Flexion yang meminimalkan kesan lipatan pada skrin. Engsel Flexion ini cukup kecil dan berkualiti, menjadikan peranti ini kelihatan kompak dan nipis apabila dilipat. Engsel yang kecil ini juga membenarkan lebih banyak komponen lain dimuatkan dalam peranti ini seperti skrin hadapan yang lebih besar, dan juga bateri 4,300mAH.

Bercerita tentang bateri pula, OPPO Find N2 Flip ini memuatkan bateri bersaiz 4,300 mAH. Turut memberi nilai tambah pada prestasi bateri adalah kewujudan pengecasan pantas 44W FlashCharge yang dapat mengecas peranti dari 0% ke 50% dalam masa 23 minit. Kapasiti bateri dan sistem pengecasan pantas ini merupakan yang paling besar dan laju, sekiranya dibandingkan dengan telefon skrin boleh lipat yang lain.

Prestasi Kamera Yang Masih Canggih

Walaupun kompak dan kecil di tangan, prestasi kamera OPPO Find N2 Flip ini juga tidak kurang hebatnya apabila ia menggunakan sistem Hasselblad. Hasil kerjasama di antara OPPO dan Hasselblad ini memberi prestasi kamera yang mengagumkan dalam mencipta pengalaman fotografi yang lebih baik.

Bagi memberi nilai tambah dalam penggunaan kamera, kamera OPPO Find N2 Flip ini turut didatangkan dengan mod XPan yang mampu mencipta semula pengalaman klasik kamera Hasselblad XPan dalam sebuah telefon pintar. Ini termasukah membolehkan anda untuk merakam imej dengan format filem panoramik dan sinematik. 

Kesimpulan

Secara kesimpulan, anda tidak perlu risau tentang masalah lipatan pada skrin, bateri peranti tidak tahan lama dan kualiti kamera yang tidak memuaskan, kerana semua ini bukan masalah buat OPPO Find N2 Flip. Kesemua ciri yang ada pada peranti ini juga secara tidak langsung menjadikan OPPO Find N2 Flip sebagai peranti boleh lipat terlaris di Shopee dan Lazada, selepas pelancaran rasmi mereka pada 2 Mac yang lalu. Bukan itu sahaja, OPPO Find N2 Flip juga habis dijual di 17 cawangan OPPO di seluruh Malaysia, pada hari pertama jualannya.

Oleh itu, jangan tunggu lagi, dapatkan OPPO Find N2 Flip ini dalam dua pilihan warna iaitu Astral Black dan Moonlit Purple, dengan harga RM3999. Sekiranya anda berminat, OPPO Find N2 Flip ini boleh didapati menerusi My OPPO Space, kedai atas talian rasmi OPPO mahupun pengedar sah OPPO di seluruh Malaysia. 

Penafian : Advertorial daripada OPPO Malaysia


Komen ()