Carian
Acer Aspire XC Dan Aspire TC Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1949
March 14, 2023 Effi Saharudin

Komputer desktop masih mempunyai tempat di rumah, institusi pengajian dan pejabat. Hari ini Acer Aspire XC dan Aspire TC, dua komputer desktop terkini telah dilancarkan di Malaysia dengan ia menyasarkan golongan pelajar.

Aspire XC dilengkapi cip sehingga Intel Core i7 13700, memori sehingga 32GB DDR4, dan storan sehingga 512GB SSD. Tiada kad grafik disertakan dengan ia bergantung sepenuhnya kepada grafik terbina Intel UHD dalam cip pemproses. Sungguhpun begitu terdapat slot PCIe pada papan induk jika pengguna ingin menaik taraf ke kad grafik sendiri di masa hadapan.

Model Aspire XC hadir dengan pembaca kad, 1 x USB 3.2 Gen1 Type C, 2 x USB 3.2 Gen1 Type A, 4 x USB 2.0 Type A , 2x HDMI dan LAN. Menara PC mempunyai kapasiti 8L. Terdapat juga sokongan WiFi6E dan menggunakan sistem operasi Windows 11 Home.

Sementara itu Aspire TC ialah model lebih premium dengan menari berkapasiti 16L. Ia masih mempunyai spesifikasi yang sama dengan Aspire XC cuma dengan tambahan pemacu DVD SuperMultiplus RW. Di Malaysia Acer Aspire XC dijual pada harga bermula RM1949 dan Apsire TC pula bermula RM2099.

Komen