Cari @ Amanz

EasyDispatch Kini Tersedia Untuk Pengguna Alibaba Cloud Di Malaysia – Penyelesaian Logistik Secara AI

Link Copied!

Terdapat pelbagai perkhidmatan awan yang tersedia di Malaysia dan Alibaba Cloud merupakan salah satu penyedia yang aktif untuk pengguna tempatan. Malah mereka turut mempunyai pusat data yang berpangkalan di Malaysia sejak tahun 2017 lagi dan harini mereka telah mengumumkan ketersediaan EasyDispatch untuk pengguna tempatan.

EasyDispatch merupakan komponen perkhidmatan Alibaba Cloud untuk menyelesaikan urusan logistik yang turut berasaskan kecerdasan buatan. Pemilik perniagaan ataupun pengguna yang menguruskan logistik bukan sahaja boleh memantau, malah turut merancang perjalanan kenderaan pengangkutan menggunakan Vehicle Route Planner yang turut mengambilkira faktor jarak perjalanan, situasi kenderaan dan jalan, cuaca, pemetaan, penjejakan kenderaan dan pelbagai lagi. 

EasyParcel dan GlobalTrack Fleet Management System adalah antara syarikat tempatan yang telah menggunakan EasyDispatch dalam operasi seharian mereka. Global Track Fleet Management sehingga kini telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat antaranya Osram dalam menyediakan pengurusan pengangkutan bas pekerja dan Lotus dalam menguruskan lori penghantaran mereka. Easyparcel pula telah menggunakan EasyDispatch bagi mengoptimasikan urusan logistik yang turut dikendalikan mereka.

Kedua-dua syarikat ini telah mencuba komponen perkhidmatan Alibaba Cloud EasyDispatch ini baru sahaja dalam tempoh 2-3 bulan yang lalu, dan telah memperlihatkan perubahan yang positif dalam pengurusan logistik mereka.

Pengguna Alibaba Cloud tempatan boleh menggunakan komponen perkhidmatan EasyDispatch bermula hari ini dan dengan perkhidmatan baharu yang tersedia ini pastinya akan menambahkan bilangan syarikat lain dalam arus pendigitalan negara. 


Komen ()