Carian
OnePlus Nord CE3 Lite 5G Mungkin Dilancarkan Pada April
March 14, 2023 Amy Maizuraa

OnePlus Nord CE 3 Lite kelak boleh menjadi kesenimbungan lain untuk telefon pintar di bawah siri Nord. Terdapat beberapa penambahbaikan pada perkakasan dalaman mungkin dibuat, selain turut memuatkan sokongan 5G terbina pada peranti. Begitu juga dengan rekaan yang dipercayai mungkin sedikit berbeza dengan generasi terdahulu.

Terbaharu gambaran kehadiran peranti ini mula dibayangkan berlaku dalam masa terdekat berikutan tularnya satu ciapan mengenainya menerusi perkongsian Max Jambor. Peranti dikatakan hadir pada 14 April hadapan tanpa sebarang perkongsian lebih lanjut mengenai penawarannya.

Ini sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai. Namun jangkaan awal mendapati peranti mungkin dilengkapi skrin beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 695, bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W dan kamera utama 108MP.

Komen