Cari @ Amanz

ASUS ROG Phone 7 Diperlihatkan Di GeekBench – Dikuasakan Cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2

Oleh Nazrin

Link Copied!

ASUS nampaknya sedang bersiap-sedia dan sudahpun mula menguji kemampuan peranti pintar gaming terbaru mereka, iaitu ASUS ROG Phone 7 kerana sejumlah butiran mengenai peranti ini sudahpun mula diperlihatkan melalui perisian penanda-aras GeekBench.

Peranti tersebut hadir dengan kod nama ASUS_AI2205_B yang merumahkan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama dengan pilihan memori LPDDR5 16GB. Ia juga nampaknya kini menggunakan sistem operasi Android 13 dengan antaramuka ROG UI yang diperlihatkan pada peranti-peranti ROG Phone sebelum ini.

Melalui laporan GizmoChina juga, peranti ROG Phone 7 ini memperlihatkan skor satu teras 2022 dan skor multi-teras 5719 yang merupakan skor penanda-aras yang agak tinggi sekali untuk cip pemprosesan ini.

Buat masa ini butiran lanjut seperti paparan, kamera dan ciri-ciri tambahan untuk peranti pintar gaming terbaru ASUS ini tidak diketahui lagi. Ia dijangka juga bahawa peranti ini akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.


Komen ()