Tahun lepas, Vivo melancarkan tablet pertama mereka Vivo Pad. Kini nampaknya mereka ingin teruskan lagi mengeluarkan tablet kerana Vivo Pad 2 mula muncul di laman senarai peranti Google Play Supported Devices.

Vivo Pad 2 dengan nombor model PA2373 ini tidak mendedahkan apa-apa spesifikasi. Tetapi sumber menyatakan tablet ini mungkin akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2. Sistem operasi mungkin akan kekal dengan OriginOS HD yang diperkenalkan bersama Pad pertama.

Masih tiada sebarang informasi bilakah tablet ini akan dilancarkan. Sebagai peringatan, Vivo Pad hadir dengan skrin 11″ IPS LCD dengan nisbah paparan 16:10 bersama kadar segar semula 120Hz. Cip pula adalah Snapdragon 870 dengan memori 8GB RAM dan storan sehingga 256GB. Stilus pula menggunakan teknologi Wacom.

Model lalu turut mempunyai kamera 13+8 Megapixel dab bateri 8040mAh dengan pengecasan pantas 44W. Sama-sama kita nantikan perubahan apa dilakukan pada Pad 2 dan adakah tablet ini akan dipasarkan untuk pasaran global atau kekal di China sahaja.