Berita mengenai kewujudan Poco F5 Pro tular selepas terdapatnya pihak yang mendakwa ia hanya sebuah Redmi K60 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Lebih menguatkan spekulasi itu apabila spesifikasi Poco F5 Pro kini tertiris sepenuhnya menerusi satu ciapan di Twitter.
Ia menunjukkan Poco F5 Pro akan dilengkapi skrin sejenis OLED 2K dengan saiz 6.67-inci dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. Peranti juga dikatakan mempunyai sistem tri-kamera utama dengan tetapan 64MP (OIS) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera swafoto 16MP.
Lain-lain spesifikasi termasuklah pembesar suara stereo, pengimbas cap jari di skrin dan menjalankan Android 13. Dengan jelas, kesemua ciri yang dinyatakan ini boleh ditemui pada Redmi K60 sebelum ini. Maka ada kebarangkaliannya ia hanyalah telefon pinta yang dijenamakan semula.