Carian
Mark Zuckerberg Akan Buang 10,000 Pekerja Dalam Usaha Menjadikan Meta Lebih Efisien
March 14, 2023 Aman

Mark Zuckerberg kini mengumumkan Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram akan membuang 10,000 pekerja dalam usaha untuk menjadikan syarikat Meta lebih efisien lagi pada tahun ini.

Pengumuman ini hadir selepas pada November 2022 lepas, Mark Zuckerberg mengurangkan angka pekerja mereka seramai 11,000 orang.

Melalui pengumuman baharu ini juga, Mark Zuckerberg turut mengatakan mereka akan menutup 5000 jawatan yang tidak dipenuhi lagi setakat ini.

Meta juga akan melalui penstrukturan semula, termasuk memfokuskan kepada menjadikan organisasi mendatar, serta membatalkan sejumlah projek yang bukan keutamaan. Perkongsian baharu ini hadir selepas Meta turut membatalkan integrasi NFT pada platform mereka.

Komen