Cari @ Amanz

MySejahtera Kelak Akan Membolehkan Anda Membuat Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Oleh Aman

Link Copied!

MySejahtera sedia digunakan ramai untuk melakukan janji temu ke klinik kerajaan. Kini, memperluaskan lagi penggunaannya, MySejahtera mengacah sebuah fungsi baharu yang bakal hadir ke aplikasi berkenaan, iaitu kebolehan membuat janji temu untuk pemeriksaan kesihatan pergigian.

#image_title

Melalui gambar yang dikongsikan, kelak pengguna boleh memilih pilihan perkhidmatan untuk melakukan janji temu, dan salah satu pilihan adalah “Pemeriksaan Kesihatan Pergigian”.

Buat masa ini, MySejahtera tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalan ciri ini. Mungkin dengan perkongsian baharu ini, kita akan melihat ia diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.


Komen ()