Cari @ Amanz

Selari dengan pengumuman pihak OpenAI berkenaan pengenalan GPT-4, kini pihak Microsoft turut mengesahkan yang mana Bing menggunakan teknologi terkini berkenaan dalam menjana Bing Chat.

Model baharu GPT-4 ini dikatakan menawarkan model yang lebih cerdas, jitu dan kreatif. Ia juga boleh membantu pelbagai bentuk tugasan kreatif seperti penulisan skrip dan karya, disamping turut boleh digunakan untuk tujuan analisa berasaskan visual.

#image_title

Microsoft menyatakan Bing sedia dijana menggunakan GPT-4, dan bagi mereka yang berminat boleh mencuba sendiri Bing Chat – salah satu alternatif bagi anda yang tidak membayar ChatGPT Plus. Tetapi, pengalaman yang disediakan mungkin tidak menyeluruh lagi buat masa ini di Bing.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd