Telefon boleh-lipat daripada Google telah diperkatakan beberapa kali sebelum ini, dan kini mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Google akan memperkenalkan ia seawal Jun 2023 ini.
Telefon ini akan dikenali dengan nama Pixel Fold – selari dengan penggunaan nama oleh pihak Samsung dan juga Oppo.

Telefon ini akan hadir dengan rekaan seumpama buku, dimana ia dijangka menawarkan skrin bersaiz 5.79-inci apabila dilipat, dan sekitar 7.69-inci apabila dibuka. Ini sekaligus memberikan ruangan lebih untuk melalukan aktiviti produktiviti menggunakan peranti berkenaan.
Info lanjut mengenai Pixel Fold ini masih tidak diketahui lagi, dan mungkin akan kedengaran dalam beberapa bulan akan datang ini.
- Sumber
- WinFuture