Cari @ Amanz

MSI G2712 Ialah Paparan Skrin Dengan Kadar Segar Semula Tinggi Untuk Permainan e-Sukan

Oleh Nazrin

Link Copied!

Apabila bermain permainan-permainan e-sukan yang popular seperti DoTA, League of Legends, Apex Legends, Valorant dan sebagainya, ramai akan mengatakan bahawa kadar segar semula skrin adalah aspek yang paling penting daripada resolusi dan juga tetapan grafik untuk mencapai kemenangan.

#image_title

Dengan konsep ini, MSI telah memperlihatkan penawaran paparan skrin terbaru mereka, iaitu MSI G2712 yang dibangunkan khusus untuk permainan-permainan e-sukan seperti ini. Ia hadir dengan paparan IPS bersaiz 27 inci dan hadir dengan resolusi Full HD dan mempunyai kadar segar semula setinggi 170Hz.

#image_title

Paparan ini hadir dengan palam DisplayPort 1.2a yang membolehkan pengguna untuk memanfaatkan kadar segar semula 170Hz tersebut, manakala palam HDMI 1.4b pula dihadkan kadar segar semula pada 120Hz.

Buat masa ini MSI masih belum mengesahkan bilakah paparan MSI G2712 akan mula dijual, dan juga tanda harganya.


Komen ()