Carian
Pengalaman Gaming & Hiburan Terbaik Berkat Skrin Mantap Samsung Galaxy S23 Ultra
March 17, 2023 Ikhwan Nazri

Sejak siri Samsung Galaxy S23 dilancarkan bulan lalu, kami telah membaca banyak ulasan dan pendapat mengenai Samsung Galaxy S23 Ultra yang merupakan model yang paling mercu di antara tiga yang dipasarkan. Kerap kali kemampuan kamera 200MP dan pemproses Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy mendapat pujian ramai. Tetapi kami di Amanz merasakan ciri terbaik Galaxy S23 Ultra sebenarnya bukan pada kamera atau pemproses tetapi sebenarnya adalah skrin 6.8″ Dynamic AMOLED 2X yang digunakan.

Kami katakan begini kerana walaupun kamera dan pemproses adalah perlu, majoriti interaksi antara pengguna dan peranti adalah menerusi skrin. Tanpa skrin mantap Galaxy S23 Ultra, pengalaman penggunanya adalah jauh berbeza.

Teknologi 120Hz LTPO

Pilihan kadar segara semula tinggi dan rendah

Perkara pertama yang kami sedari pada minit pertama menggunakan Galaxy S23 Ultra ialah skrin 120Hz LTPO yang memberikan pengalaman penggunaan yang amat lancar. Setiap tatalan bergerak pantas tanpa isu ghosting yang dapat dilihat pada panel peranti dengan kadar segar semula yang tinggi. Tidak berakhir di sini, setiap sentuhan dapat dikesan dengan baik dibantu oleh sistem pengesanan 240Hz.

Permua pada tetapan 120FPS

Bagi golongan gamer ini memastikan setiap arahan pergerakan dan aksi yang ingin dilakukan dapat dikesan dengan jitu. Skrin mercu dipadankan pula dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang menawarkan kuasa memproses yang tinggi. Apabila visual setanding pemproses, sesi permua pada Galaxy S23 Ultra adalah di tahap premium.

Menerusi teknologi LTPO pula tiada lagi pembaziran tenaga bateri. Kadar segar semula boleh turun serendah 1Hz untuk membaca ebuku dan laman web sebelum mencanak naik ke 120Hz untuk sesi permua yang mendebarkan seperti dalam Asphalt 9 dan COD Mobile. Jadi tidak mengejutkan Galaxy Galaxy S23 Ultra kini memegang takhta sebagai peranti mercu dengan ketahanan bateri terbaik DXOMark.

Sokongan S Pen

Sokongan S Pen

Sejak dari awal pengenalannya menerusi siri Galaxy Note, S Pen membawakan anjakan paradigma dalam industri telefon pintar. Ciri yang dahulunya eksklusif pada siri Note kini diteruskan pula pada siri Galaxy Ultra. Menerusi S Pen pelbagai karya digital dapat dilakar terus pada skrin Galaxy S23 Ultra tanpa pengguna mencari sebuah tablet atau komputer.

Ia bukan sekadar sebuah stylus kerana turut mempunyai ciri sekunder yang boleh menjadikannya alat kawalan jauh untuk kamera. Mengubah mod, menukar lensa kamera, dan melakukan zum keluar masuk antara aksi yang boleh dilakukan. Akhir sekali gestur mengawal peranti tanpa menyentuh skrin juga boleh dilakukan dengan S Pen. Cuba namakan telefon pintar lain dengan gabungan ciri yang serupa. Jangan cuba kerana jawapannya tiada!

Skrin Besar Berkotak Seakan TV

Skrin imersif untuk kandungan hiburan

Dengan saiz 6.8″, skrin Galaxy S23 Ultra juga antara yang terbesar di pasaran dengan ia hanya boleh dipintas oleh peranti skrin boleh-lipat seperti Z Fold4. Besar sahaja tidak mencukupi kerana senjata rahsia Galaxy S23 ialah sokongan resolusi QHD+. Setiap ikon, paparan gambar, kandungan aplikasi, video dan teks bacaan dapat dilihat dengan tajam sepanjang masa.

Keunikan siri Ultra ialah skrin berbentuk segi empat tepat. Mengapa kami memberikan penekanan kepada ciri ini? Kerana majoriti peranti pesaing mengguna skrin dengan bucu yang dibulatkan. Lihat televisyen anda di rumah. Adakah bucu skrinnya bulat atau berkotak seperti Galaxy S23 Ultra?

Dengan skrin yang hampir sama seperti sebuah TV, nikmat menstrim dan menjalankan permua kegemaran adalah lebih mirip seperti di sebuah TV. Tidak melampau untuk mengatakan pengalaman TV pintar Samsung dapat dinikmati juga ada Galaxy S23 Ultra. Seperti yang sepatutnya.

Keterangan Tinggi Dengan HDR10+

Sokongan HDR10+

Akhir sekali ialah keterangan skrin Galaxy S23 Ultra yang boleh mencecah 1750 nits yang melangkaui majoriti TV pintar di pasaran sekarang. Pengalaman menonton kandungan HDR adalah di tahap sebenar dengan keterangan ini. Tiada isu mendapatkan kandungan HDR kerana skrin Galaxy S23 Ultra menyokong format HDR10+ yang boleh diakses menerusi YouTube, Netflix, Disney+ Hotstar, Prime Video dab banyak lagi.

Jelas sekali skrin Galaxy S23 Ultra ialah portal yang membuka pengalaman penggunaan aplikasi, meningkat produktiviti, permua dan hiburan mudah alih yang premium. Jadi oleh sebab itulah kami mengatakan ia mungkin ciri terbaik Galaxy S23 Ultra yang tidak didendang.

  • Beli:

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen