Carian
Khan Academy Perlihatkan Penggunaan AI Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran
March 15, 2023 Aman

OpenAI telah pun memperkenalkan GPT-4 secara rasminya pada awal pagi tadi, dan salah satu rakan kerjasama untuk OpenAI yang akan mengintegrasikan model bahasa berasaskan kecerdasan buatan berkenaan adalah Khan Academy.

Khan Academy sedia menjadi pusat sehenti untuk tujuan pembelajaran, memudahkan orang ramai terutamanya para pelajar untuk mengikuti pelbagai topik dan subjek dengan mudah melaluinya. Menariknya, melalui integrasi kecerdasan buatan, Khan Academy menjadikan proses pembelajaran lebih menarik lagi. Khan Academy memanggil pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan mereka ini sebagai Khanmigo.

Khanmigo merupakan kecerdasan buatan yang boleh menjadi tutor kepada pelajar, selain turut boleh menjadi pembantu untuk cikgu.

Melalui demo ringkas yang diperlihatkan, ia menujukkan proses pengajaran kepada para pelajar, termasuk para pelajar boleh bertanyakan sebarang soalan pada bila-bila masa. Malah, Khanmigo turut mendidik satu demi satu langkah penyelesaian dalam memastikan para pelajar memahami sesuatu topik berkenaan.

#image_title

Untuk tenaga pengajar dan guru pula, ia memudahkan perancangan proses pembelajaran dalam menjadikan ia lebih efektif.

Buat masa ini, Khanmigo masih diuji secara terhad, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperkenalkan kepada semua pengguna secara rasminya.

Komen