Cari @ Amanz

Sudah tujuh generasi peranti Google Pixel diperkenalkan, sehingga hari ini masih tiada satu pun ditawarkan di Malaysia secara rasmi. Terkini, generasi kelapan pula akan dilancarkan iaitu Pixel 8. Peranti ini masih tiada khabar lagi apakah spesifikasinya, tetapi imej pengolokan 3D telah tertiris memperlihatkan rekaan penuh peranti ini.

Imej di atas adalah rekaan untuk Pixel 8 Pro. Sekilas pandang, rekaan Pixel membuatkan saya teringat pada rekaan iPhone X. Ada lengkungan di sisi dan panel belakang dan bucu lebih membulat berbanding rekaan Pixel yang semua kenal.

Apa yang jelas kelihatan adalah sensor kamera kini di dalam satu bujur sama dan tidak lagi berasingan. Ada tiga sensor dan turut satu sensor misteri di bawah lampu LED flash. Saiz skrin dikatakan adalah 6.52-inci, dan kaki ini rata sepenuhnya berbanding sebelum yang sedikit melengkung.

Dalam video di atas pula sumber memperlihatkan rekaan Pixel 8 biasa yang dikatakan semakin mengecil. Saiz skrin dikatakan adalah sebesar 5.8-inci jenis rata dalam tubuh melengkung seakan Pixel 8 Pro. Kamera pula masih kekal dengan dua sensor dan tiada penambahan sensor lain.

#image_title

Agak menarik melihat cara Google membezakan dua model ini. Versi Pro jelas sekali memfokuskan kamera sementara versi biasa lebih kepada peranti mercu asas yang kompak.

Kedua-dua peranti ini menurut sumber mungkin akan diperkenalkan pada acara Google I/O 2023 yang berlangsung pada bulan Mei kelak. Kehadiran ke pasaran Malaysia masih tiada khabar lagi buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd