Carian
BMW Perlihatkan Penggunaan Panel Paparan Menyeluruh Pada Cermin Hadapan Kereta
March 15, 2023 Aman

BMW hari ini memperlihatkan pembangunan teknologi baharu mereka, dinamakan sebagai BMW Panoramic Vision. Melaluinya, ia menggunakan panel paparan penuh secara menyeluruh, meliputi keseluruhan kelebaran cermin hadapan kereta.

BMW menyasarkan penggunaan panel paparan ini pada kereta keluaran seawal 2025 kelak. Dengan langakh ini, ia akan membolehkan pemandu terus memerhati ke hadapan jalan raya, dan pada masa yang sama mengikuti pelbagai informasi dan data berkenaan kenderaan mereka.

BMW Panoramic Vision pada cermin hadapan kenderaan

Informasi juga akan dipaparkan mengikut masa-nyata ketika pemanduan, termasuk panduan navigasi lorong dan sebagainya.

Maklumat lanjut mengenai BMW Panoramic Vision ini dijangka dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang.

Komen