Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kini menekankan yang mana lebih ramai jurutera diperlukan dalam membantu negara mencapai Matlamat Pembangunan Lestari PBB, sekaligus membina masa depan yang lebih mampan untuk rakyat.
Buat masa ini, terdapat kira-kira 187,900 orang jurutera yang berdaftar secara rasmi di Malaysia. Ini sekaligus menjadikan nisbah jurutera di Malaysia ialah 1:170 jikalau dipadankan dengan populasi Malaysia yang berjumlah 32.7 juta orang. Mengikut nisbah jurutera kepada penduduk di negara maju, ia adalah sekitar 1:100.
Dengan perbandingan ini, MOSTI turut menekankan masih terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera di Malaysia, untuk mencapai status negara pengeluar teknologi.
Pada masa yang sama, MOSTI dan MRANTI menyatakan akan mempromosikan kejuruteraan sebagai pilihan kerjaya berdaya maju dikalangan generasi muda.