Carian
LinkedIn Turut Mengintegrasikan GPT-4
March 16, 2023 Effi Saharudin

Adalah amat menarik melihat populariti ChatGPT, kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh OpenAI. Walaupun baru dilancarkan Disember tahun lalu, ia kini menjadi AI yang perlu digunakan pada aplikasi popular. Ia kini dengan pantas digantikan pula oleh GPT-4 yang mempunyai kecerdasan lebih tinggi.

Maka tidaklah mengejutkan hari ini LinkedIn mengumumkan integrasi GPT-4 kepada pengguna bagi membantu penulisan profil peribadi. Ini sahaja ciri yang akan disokong pada peringkat awal dengan lebih banyak akan ditambah dalam masa terdekat. Turut diumumkan ialah sokongan menulis iklan mencari pekerja yang lebih berkesan disokong GPT-3.5.

Sementara itu LinkedIn Learning pula akan menawarkan 100 kurus berkenaan kecerdasan buatan dengan 20 daripadanya memberikan tumpuan kepada kecerdasan buatan generatif. Kesemua ciri ini boleh diakses pelanggan LinkedIn Premium.

Komen