Carian
ShopeePay Kini Boleh Digunakan Sebagai Mod Pembayaran Pada Apple AppStore
March 16, 2023 Aman

Shopee hari ini mengumumkan pengenalan penggunaan ShopeePay sebagai mod pembayaran di Apple AppStore.

ApplePay Shopee

Untuk makluman, sebelum ini dompet digital Touch n Go eWallet sedia menyokong Apple AppStore, dan kini sebuah lagi dompet digital tempatan menambah sokongan untuknya.

Dengan langkah ini, pengguna boleh pautkan ShopeePay ke akaun Apple, dan seterusnya menggunakan ia dalam tujuan untuk melakukan pembelian aplikasi di AppStore. Disamping itu, anda juga boleh menggunakannya dalam melakukan pembayaran untuk perkhidmatan Apple seperti Apple One, iCloud, Apple Music dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, iPad atau Mac, boleh pautkan ShopeePay ke Apple ID anda hari ini.

Komen