Carian
Huawei Bakal Hadir Dengan Jam Tangan Pintar Baharu Menerusi Watch Ultimate
March 16, 2023 Amy Maizuraa

Huawei telah menjadualkan sebuah acara pelancaran produk baharu di China pada 23 Mac akan datang. Antara produk yang telah disahkan hadir melaluinya ialah siri Huawei P60, di samping Huawei Mate X3 yang merupakan telefon skrin boleh lipat baharunya. Kedua-duanya juga dijangka diberi naik-taraf yang menarik berdasarkan keperluan pengguna semasa.

Secara tradisinya juga setiap acara pelancaran Huawei semestinya memperlihatkan kemaskini untuk rangkaian produk IoT lain seperti peranti boleh pakai. Sama seperti acara kali ini, mereka bakal hadir dengan jam tangan pintar baharu menerusi Watch Ultimate yang kini telah diacah secara rasmi menerusi entri di Weibo. Seperti namanya, ia kelak dijangka menjadi jam tangan pintar premium daripada Huawei. Rekaannya juga dijangka tahan lasak dengan padanan fungsi yang pelbagai guna, selain turut menawarkan ketahan bateri yang panjang.

Tiada maklumat mengenai spesifikasi diketahui. Namun kita boleh menyasarkan lebih banyak kandungan promosi yang akan datang sementara menunggu tarikh pelancaran rasminya.

Komen