Cari @ Amanz

Vivo Kini Mengesahkan Kehadiran V27 5G Di Malaysia

Link Copied!

Vivo V27e baru sahaja diumumkan di Malaysia tempoh hari dengan harga jualan RM1299 sebuah. Ia menjadi sebuah lagi peranti Vivo yang memberi fokus terhadap sistem pengimejan mudah alih yang menarik, di samping rekaan tubuh yang menggabungkan elemen cukup elegan.

Kini mereka berkongsi perancangan baharu untuk membawa masuk Vivo V27 5G pula sebagai pilihan lain buat pengguna. Melaluinya Vivo menjanjikan sesuatu perkara yang cukup menarik, baik dari aspek prestasi, gaya dan sistem kamera. Ini termasuklah kebolehan panel belakang yang boleh berubah-ubah warna seperti beberapa generasi sebelum ini tetapi diolah semula dalam konsep lebih menarik.

Tiada tarikh pelancaran dan spesifikasi khusus yang didedahkan setakat ini. Namun sekiranya ini merupakan model yang sama diumumkan di India sebelum ini. Makanya peranti akan dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED 120Hz, cip MediaTek Dimensity 7200, bateri 4600mAh, sistem pengecasan pantas 66W dan dwi-kamera utama 50MP (SonyIMX766V) OIS + 8MP (ultra-lebar).


Komen ()