Sebelum telefon pintar dengan skrin sesentuh mendominasi pasaran, telefon pintar Blackberry menjadi kegemaran ramai khususnya golongan profesional. Antara pengguna Blackberry paling terkemuka ialah Barack Obama. Sejarah syarikat Research in Motion yang ditubuhkan oleh Mike Lazaridis dan Douglas Fregin kini telah difilemkan dan ia akan ke layar perak pada Mei ini.
Treler filem Blackberry telah diterbitkan dengan Jay Baruchel melakonkan watak Mike Lazaridis dan Matt Johnson pula melakonkan watak Douglas Fregin. Filem akan mengikuti perkembangan RIM dan bagaimana Blackberry pertama dibangunkan. Berdasarkan treler sejarah kejatuhan syarikat akibat pelancaran Apple juga akan disentuh.
Tidak seperti filem Steve Jobs, siri WeWork dan siri Theranos yang telah dihasilkan sebelum ini yang bernada serius, Blackberry nampaknya lebih menghala ke arah sebuah filem komedi.