Kapal angkasa Artemis III dijangka akan menjadi kapal angkasa kedua selepas Apollo 13 untuk mendarat di bulan dengan kru angkasawan pada tahun 2025 kelak. Selain daripada kapal angkasa yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru untuk memudahkan penerbangan tersebut.
Terkini, Axiom Space, rakan kongsi NASA dalam projek tersebut baru sahaja memperlihatkan prototaip sut angkasa yang akan digunakan oleh angkasawan-angkasawan tersebut apabila mereka menjejakkan kaki ke bulan kelak.
Dinamakan Axiom Extravehicular Mobility Unit (AxEMU), sut ini ialah prototaip kepada sut yang akan digunakan di bulan kelak, yang akan memberikan angkasawan kebolehan untuk bergerak di sekitar permukaan bulan dengan lebih cekap dan selesa.
Sut prototaip yang diperlihatkan berwarna hitam, tetapi menurut Axiom, ia akan ditukar pada warna putih untuk penerbangan ke bulan kerana sut berwarna putih diperlukan untuk memantul radiasi cahaya dan haba dan melindungi para angkasawan daripada suhu yang tinggi.
Axiom dilihat masih lagi sedang membangunkan sut ini untuk memastikan ia selesa digunakan oleh para angkasawan untuk projek Artemis III ini, dan dijangka bahawa rekaan akhirnya akan diperlihatkan lebih dekat pada tarikh pelancaran kapal angkasa tersebut ke bulan kelak.