Cari @ Amanz

Secara mengejut Samsung Galaxy A54 dan Samsung Galaxy A34 dilancarkan lewat petang semalam tanpa sebarang acara Unpacked dilangsungkan. Setakat ini peranti hanya boleh dipesan di pasaran Eropah membawakan persoalan bilakah ia akan ditawarkan di Malaysia. Persoalan ini terjawab selepas Samsung Malaysia menghantar jemputan ke sebuah majlis pada 24 Mac depan.

#image_title

Berdasarkan imej yang dihantar, ia mengesahkan kedua-dua peranti siri Galaxy A ini akan dilancarkan di Malaysia pada tarikh tersebut. Maklumat mengenai bila peranti akan mula dijual serta harga jualan pastinya akan turut dikongsi pada tarikh tersebut.

Samsung Galaxy A54 dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Exynos 1380. memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W. Kamera utama menggabungkan sensor 50MP sudut lebar dengan OIS, ultra sudut lebar 12MP dan makro 5MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera hadapan 32MP.

Samsung Galayx A34 5G pula dilengkapi 6.6″ SAMOLED 120Hz FHD+, dijana cip Dimensity 1080, memori sehingga 8GB, storan sehingga 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 25W. Perbezaan yang wujud antara dua peranti ini ialah pada A34 5G kamera swafoto diletakkan dalam takuk Infinity-V. Kamera utama menggabungkan sensor 48MP sudut lebar dengan OIS, ultra sudut lebar 8MP dan makro 5MP. Ia kemudiannya dipadankan dengan kamera hadapan 13MP.

Ciri menarik lain yang dikongsi oleh kedua-dua peranti ialah kemampuan kalis air serta debu IP67, pengimbas cap jari bawah skrin, dan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. Harga jualan peranti bermula sekitar RM1800 untuk Galaxy A345 dan RM2400 untuk Galaxy A54 di Eropah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd