Perkhidmatan penjanaan teks GPT kini semakin popular. Banyak platform sudah menggunakannya seperti Bing, LinkedIn, dan ramai lagi. Penggunaan perkhidmatan ini amat memudahkan kerana konsepnya adalah seakan berbual dalam aplikasi pemesejan.
NYT baru-baru ini melaporkan yang Apple juga sedang membangunkan ciri lebih kurang sama untuk diintegrasikan kepada Siri. Jurutera Apple dikatakan menguji pelbagai konsep setiap minggu bagi mencari dan memastikan yang mana satu terbaik untuk Siri.

Tetapi Siri ada masalah besar dari segi pembangunan jika ingin menambah ciri dan fungsi baharu. Masalah ini adalah kod Siri yang serabut dan bersepah, sehinggakan untuk mengemaskini dengan menambah frasa mengambil masa mencapai enam minggu.
Jika ingin menambah ciri carian dan sokongan seakan ChatGPT, pembangunan dianggarkan memakan masa sehingga setahun. Bekas jurutera Apple iaitu Joihn Burjey yang pernah terlibat dalam pembangunan Siri menyatakan sukar untuk pembantu digital ini menjadi lebih kreatif dan bijak seakan perkhidmatan GPT lain.