Cari @ Amanz

Trend mengikuti dan mendengar kandungan podsiar semakin meningkat. Selepas Spotify menjayakan podsiar mereka, lebih banyak platform ingin turut serta. Tetapi dengan lambakan platform penstriman dan podsiar, yang mana satu terbaik?

Dalam kajiselidik yang dilakukan oleh Podnews kepada ratusan pencipta podsiar, ramai memilih Apple Podcast secara keseluruhan. Spotify jatuh di tempat kedua, YouTube ketiga, dan tempat terakhir adalah Google Podcast yang kalah dengan Amazon Music.

#image_title

Kajiselidik ini dilajukan berasaskan aplikasi, direktori, analisis dan wawasan mengenai pendengar, pengiklanan, hubungan dengan pencipta kandungan dan banyak lagi. Ramai pencipta kandungan podsiar menyatakan tiada perkhidmatan lain yang sehebat Apple.

Saya juga menggunakan Apple Podcast untuk mendengar podsiar kegemaran kerana rasakan antaramuka dan penggunaannya lebih mudah dan selesa. Anda pula bagaimana?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd