Cari @ Amanz

Penaiktarafan Steam Deck Dengan Paparan OLED Lebih Sukar Dari Yang Disangka

Oleh Nazrin

Link Copied!

Populariti konsol mudah-alih Steam Deck, yang membolehkan pengguna untuk memainkan permainan-permainan komputer kegemaran mereka dalam sebuah peranti mudah-alih seakan Nintendo Switch boleh dikatakan meningkat setiap minggu.

Terdapat permintaan baru untuk konsol tersebut hadir dengan rekaan yang menggunakan paparan OLED untuk menggantikan panel LCD model asal, dan walaupun ia sebagai sesuatu yang mahu dilakukan oleh Valve, realitinya ialah pembangunan peranti tersebut bukanlah hanya dari segi menukar skrin tersebut.

Bercakap dengan PC Gamer, salah seorang pengaturcara untuk konsol tersebut, Pierre-Loup Griffais mengatakan bahawa penaiktarafan paparan Steam Deck dari IPS kepada OLED bukanlah begitu mudah.

Ini adalah kerana Steam Deck dibina disekeliling paparan skrin LCD asal, dan sekiranya penukaran paparan dilakukan, pihak Valve akan perlu mereka semula rangka konsol ini untuk memastikan semua komponen-komponennya bukan sahaja muat didalam, tetapi tidak menyebabkan isu dari segi prestasi dan juga suhu yang panas akibat ruang yang tidak mencukupi.

Beliau mengatakan bahawa sekiranya Valve mahu membina sebuah Steam Deck dengan paparan OLED, ia adalah lebih mudah untuk mereka membina konsol baru menggunakan komponen-komponen seperti cip AMD Ryzen Zen 4 dan RDNA2 terbaru untuk prestasi yang lebih berkuasa juga.

Ia tidak diketahui lagi samada Valve akan mengambil pendapat orang ramai tentang bagaimana konsol tersebut perlu dinaiktarafkan, tetapi ia adalah cukup menarik sekiranya ia benar bahawa Steam Deck seterusnya akan hadir dengan panel skrin OLED.


Komen ()