Tiga tahun lepas, ketika Perintah Kawalan Pergerakan banyak tugasan dan pekerjaan bergantung sepenuhnya kepada Internet. Untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja, platform panggilan video dan telesidang digunakan.
Disebabkan tidak semua kamera web berkualiti dan kalau ada pun harganya agak mahal, Reincubate Camo melancarkan aplikasi Camo. Aplikasi yang mengubah semua telefon pintar Android atau iOS menjadi kamera web.
Baru-baru ini mereka memperkenalkan Camo 2 yang lebih berkuasa. Aplikasi ini kali ini menyokong semua kamera untuk dijadikan kamera web. Ini termasuk dengan mana-mana kamera web, kamera profesional, kamera aksi dan banyak lagi.

Camo 2 turut menyokong mod potret yang mengaburkan latar belakang, membaiki pencahayaan, menyokong auto framing dan turut boleh menggantikan skrin hijau. Aplikasi kedua mereka ini turut boleh mengaktifkan rakaman video 4K, menggunakan rekaan antaramuka baharu dan menyokong trus Zoom, Teams, Meet, FaceTime dan banyak lagi platform lain.
Saya secara peribadi turut menggunakan Camo apabila ada sesi telesidang, kerana kamera pada peranti harian saya jauh lebih berkualiti berbanding kamera web laptop.