Cari @ Amanz

Seperti dijanjikan, kini pihak Digi telah mengaktifkan akses 5G untuk para pengguna pelan prabayar mereka. Melalui penyenaraian di web, pas percuma 5G ditawarkan untuk pelanggan yang melanggan pelan bulanan, bermula dari Digi NEXT 20 pada harga RM20 sebulan, dan ke atas.

Dengan penawaran rangkaian 5G, pengguna akan dapat menikmati akses internet lebih laju, dengan kadar pendam rendah.

#image_title

Bermula hari ini sehingga 30 April 2023 kelak, pas 5G ini disediakan secara percuma. Selepas tarikh berkenaan, pihak Digi dijangka mengenakan caj sebanyak RM10 sebulan untuk akses 5G ini bagi pelanggan prabayar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd