Carian
Cradle Menawarkan Geran Berjumlah RM14 Juta Untuk Startup Pada Tahun 2023 Ini
March 16, 2023 Aman

Dengan perkembangan sihat arena teknologi dan startup tempatan, kini MOSTI berkongsi mengatakan Cradle akan menawarkan geran berjumlah RM14 juta untuk tahun 2023 ini.

Chang Lih Kang, Menteri MOSTI

“Cradle menawarkan dua jenis geran, iaitu CIP Spark dan juga CIP Sprint. Kedua-dua geran ini bersyarat untuk diperuntukkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan misi menyokong perkembangan holistik dan pengkomersilan syarikat startup melalui pelbagai perkhidmatan nilai tambah seperti pembangunan modal perniagaan, penerimaan dan akses pasaran,” menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Untuk makluman, dibawah CIP Spark, Cradle menyediakan geran sehingga RM150,000 untuk tempoh selama 18 bulan, sementara CIP Sprint pula menawarkan geran sehingga RM600,000 untuk tempoh maksimum selama 18 bulan.

Selain Cradle, terdapat beberapa agensi lain turut menawarkan bantuan dana kepada syarikat pemula atau startup di Malaysia, termasuk MAVCAP.

Komen