Cari @ Amanz

Setel Kini Menyokong Pembayaran Parkir Jalanan Di Seluruh Selangor

Oleh Aman

Link Copied!

Setel kini menyatakan mereka menyokong pembayaran parkir di jalanan di seluruh negeri Selangor. Dengan pengumuman ini, Setel kini menyokong pembayaran di 10 majlis perbandaran, termasuk :

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kuala Selangor
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya

Melalui Setel, pengguna boleh melakukan pembayaran bermula 50 sen untuk satu jam, dan turut melakukan pemanjangan masa sekiranya diperlukan – terus melalui aplikasi Setel. Selain Selangor, Setel juga telah mula memperluaskan sokongan pembayaran parkir tepi jalan di negeri-negeri lain.


Komen ()