Apa yang menjadikan penggunaan peranti Google Pixel menarik adalah perisiannya. Android asli yang digunakan penuh dengan ciri dan fungsi magis yang pasti akan buat ramai orang cemburu. Contohnya Magic Eraser, Photo Unblur, Portrait Blur dan banyak lagi.
Biasanya beberapa ciri akan dihadkan kepada Pixel dan kemudian akan ditawarkan kepada semua orang seperti Magic Eraser.

Terkini, 9to5Google melaporkan yang pada Pixel 8 nanti Google mungkin akan memperkenalkan ciri baharu pada Google Photos iaitu Video Ublur. Seperti Photo Unblur yang boleh menajamkan dan memfokuskan imej yang kabur dan resolusi rendah, ciri ini kali ini boleh dilakukan pada video pula.

Bukan itu sahaja, Google mungkin turut akan menambah ciri mengaplikasikan penuras kepada video seperti mod Super 8, mod VHS, Moire, Reflect dan banyak lagi dengan jumlah keseluruhan adalah 14 kesan khas berbeza.