Carian
Kementerian Pendidikan Tinggi Sedang Meneliti Garis Panduan Penggunaan ChatGPT
March 17, 2023 Effi Saharudin

Hari ini Microsoft mengumumkan sokongan kecerdasan buatan CoPilot pada perisian Windows Office yang membuka kotak Pandora karangan yang ditulis menggunakan kecerdasan buatan. Bagi pengguna biasa ini mungkin bukan isu yang besar tetapi mungkin menjadi isu etika pula apabila digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan kertas kerja.

Grad Kampus Universiti

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sudahpun proaktif mengenai isu ini dan sedang meneliti garis panduan penggunaan kecerdasan buatan seperti ChatGPT dalam sistem pendidikan negara. KPT pada waktu ini melihat kecerdasan buatan selaku alat penyelesaian yang dapat membantu proses pembelajaran di Malaysia. Tetapi turut menyedari akan risiko ia digunakan sepenuhnya oleh pelajar untuk menghasilkan kertas kerja tanpa input sebenar dilakukan oleh mereka.

Terdapat pelbagai perisian telah dihasilkan untuk mengesan karangan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan. Tetapi kemampuan kecerdasan buatan semakin hebat dan proses pengesanan akan menjadi semakin sukar.

Komen