Cari @ Amanz

LHDN Mengingatkan Pempengaruh Media Sosial Tidak Culas Membayar Cukai Pendapatan

Oleh Aman

Link Copied!

Lembaga Hasil Dalam Negeri kini mengingatkan para pempengaruh media sosial, atau “influencer” untuk tidak culas membayar cukai pendapatan.

Selari dengan program pengakuan sukarela yang akan diadakan bermula 1 Jun 2023 kelak, yang memberikan pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar – para pempengaruh media sosial juga diminta tampil dan mengambil peluang ini.

Pihak LHDN juga mengatakan pendapatan pempengaruh media sosial, termasuk “influencer” dan “TikToker” boleh dinilai mengikut jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang dimuat-naik atas talian.

Sebelum ini, program pengampunan ke atas penalti 100% ini telah diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 yang lepas.


Komen ()