Cari @ Amanz

Roda Ferris dicipta oleh George Washington Gale Ferris Jr pada tahun 1893. Sejak itu saiz roda Ferris semakin besar dengan rekaannya semakin kompleks. Antara inovasi moden ialah roda Ferris tanpa jejari yang membuatkannya kelihatan seperti sebuah cincin gergasi. Apabila dibuka kelak, Seoul Ring akan menjadi roda Ferris terbesar dunia.

Ia akan dibina di Taman Haneul yang dahulunya merupakan tapak pelupusan sampah yang telah diubah menjadi sebuah taman awam. Seoul Ring akan mempunyai diameter 180 meter yang menempatkan 36 kapsul penumpang berdinding kaca. Setiap kapsul boleh membawa 25 penumpang.

Operasi Seoul Ring akan menggunakan sepenuhnya sumber tenaga lestari. Pembinaan akan dimulakan pada tahun 2025 dengan ia dijangka siap pada tahun 2027. Kos membina roda Ferris nirjejari ini akan mencecah 400 bilion won (~RM 1.37 bilion).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd