Cari @ Amanz

MidJourney merupakan salah satu penjana gambar berasaskan kecerdasan buatan, dimana ia boleh menjana gambar melalui input berasaskan teks sahaja. Ini sekaligus memudahkan lagi penghasilan grafik dengan pantas berbanding proses biasa.

Terbaru, pembangun MidJourney telah melancarkan versi kelima perkhidmatan berkenaan.

Melalui MidJourney v5 yang terbaru, ia kini menghasilkan gambar dengan lebih realistik berbanding sebelum ini, malah masalah penjanaan tangan dan jari juga dilihat telah diatasi, dan menghasilkan dengan tepat.

Peningkatan lain adalah termasuk dari segi pencahayaan pada gambar, termasuk pilihan resolusi gambar yang lebih pelbagai, dan penjanaan imej pada saiz besar dengan lebih pantas.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba sendiri MidJourney melalui Discord hari ini, dan menjana gambar dengan hanya menggunakan input berasaskan teks sahaja. Untuk mengaktifkan V5, anda perlu taip /settings pada MidJourney, dan seterusnya memilih V5 daripada pilihan yang dipaparkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd