Cari @ Amanz

Pengasas Huawei kini menyatakan mereka telah gantikan lebih 13,000 komponen dan bahagian pada produk mereka, yang terkesan dengan halangan dagangan Amerika Syarikat.

Huawei menyatakan sejak tiga tahun kebelakangan ini, mereka telah gantikan 13,000 komponen dengan pengeluaran komponen domestik China, selain telah merekabentuk 4000 papan litar pada produk mereka.

Ini sekaligus memperlihatkan Huawei kini bersedia untuk memperluaskan pemasaran produk mereka, setelah terkesan dengan halangan dagangan dibawah Amerika Syarikat sejak 2019 yang lepas.

Disamping itu, Huawei turut menyatakan telah melabur lebih $23.8 bilion pada kajian dan penyelidikkan sepanjang 2022 – dan akan terus melabur dalam penyelidikkan untuk tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd