Cari @ Amanz

Work Smart, Not Hard – kami pasti anda juga terbiasa mendengar ayat sebegini bukan? Kata motivasi ini biasanya digunakan bagi meningkatkan mood dan semangat serta-merta, lantas mengelakkan tekanan ketika berada dalam situasi negatif. Tidak dinafikan, kita kini berada dalam dunia yang serba sibuk. Peningkatan tekanan masa kepada kita serta dunia yang serba pantas juga telah mengubah cara kerja seharian. Kesannya setiap saat, minit, jam dan hari perlu digunakan sebaik mungkin agar lebih bermanfaat serta efektif. Tetapi hal ini juga sebenarnya mampu membantu mewujudkan budaya kerja yang produktif.


Lumrah Kerja Di Luar Pejabat

Senario sekarang adalah bekerja di luar pejabat sudah menjadi lumrah di mana-mana organisasi. Dengan pelbagai acara rasmi, sesi mesyuarat atau pertemuan dengan client yang perlu dihadiri memerlukan seseorang itu bekerja secara efisien. Tetapi diberikan pula satu contoh situasi di mana pada waktu itu anda perlu memindahkan sejumlah data penting daripada telefon pintar ke komputer riba dalam masa yang singkat. Ketika menghadapi masalah sebegini, apa yang akan anda lakukan?

Baiklah lazimnya orang akan menyambungkan kedua-dua peranti ini menggunakan kabel, tetapi ia sudah semestinya memakan masa yang lama. Dengan keadaan anda yang sedang bergegas, lantas amat sukar untuk selongkar mencarinya di dalam beg yang mungkin ditimbuni dengan pelbagai barang. Lebih memburukkan keadaan apabila anda sebenarnya langsung tidak membawa sebarang kabel tambahan. Kerja yang boleh disiapkan sekelip mata boleh jadi tertangguh dibuatnya.


Kabel Sudah Dianggap Kuno

Jangan panik dan tarik nafas dalam-dalam perlahan. Perkembangan teknologi sekarang sebenarnya amat memudahkan pengguna yang mengimpikan pengalaman penyelesaian sambungan terbaik untuk peranti-peranti mereka. Teknologi Link to Windows daripada Samsung misalnya, ia membolehkan anda berhubung dengan lebih mudah di dalam semua keadaan pada bila-bila masa dan tidak mengira tempat serta waktu. Jika anda mempunyai banyak gambar dan video di telefon pintar, pindahkan sahaja fail tersebut dengan mudah menggunakan teknologi ini. 

Ia akan dipautkan secara automatik daripada aplikasi galeri seterusnya anda boleh melihat ke semuanya pada skrin komputer riba yang disambungkan. Anda juga boleh menyalin, berkongsi, simpan dan mengalih fail-fail berkenaan ke folder desktop sekiranya perlu. Ia bukan sahaja menawarkan pemindahan fail yang lancar antara komputer riba dengan telefon pintar, sebaliknya turut membolehkan papan kekunci dan tetikus berfungsi selari dengan telefon, sekaligus menjadikan kedua-dua peranti ini bersambung dengan baik sekali. 


Sambungan Pintar Tanpa Halangan

Terdapat banyak lagi ciri menarik untuk dinikmati dengan teknologi terbina Samsung ini! Antara seperti anda boleh menikmati paparan skrin telefon pintar pada komputer riba. Seterusnya mengakses pelbagai aplikasi dan kandungan yang digemari secara menyeluruh daripada komputer riba yang disambungkan tanpa kebergantungan dengan telefon pintar. Anda juga boleh menukar tetapan telefon pintar, mengalih keluar fail serta membuka aplikasi pada komputer riba disambungkan tanpa telefon pintar. Rangkaian Wifi yang sama diperlukan untuk proses ini bagi memastikan sambungan yang lancar untuk kedua-duanya.


Kekal Produktif Tanpa Terlepas Hal Penting

Tidak  cukup dengan itu, teknologi Link to Windows ini juga sangat berguna bagi mereka yang begitu gemar menetapkan telefon pintar dalam mod senyap dan disimpan di dalam beg. Maklumlah untuk kekal fokus, perlu pastikan tiada apa-apa yang menyebabkan gangguan. Sungguhpun begitu, anda sama sekali tidak akan terlepas sebarang mesej dan panggilan penting menerusi teknologi ini. Malahan ia boleh disemak dengan mudah menerusi komputer riba yang disambungkan. Ia menjadi lebih baik apabila anda juga boleh membuat panggilan dan menghantar mesej terus daripada komputer riba tanpa telefon pintar. Dalam masa sama, turut boleh menjejak sejarah panggilan dan mesej yang terlepas. Senang cakap, kedua-dua skrin membolehkan anda navigasi dengan begitu mudah sekali saja. Hebat bukan? 


Bagaimana Berfungsi?

Jika anda mempunyai peranti Samsung Galaxy terkini, ia akan mempunyai ciri Link to Windows secara terbina. Misalnya seperti Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A54 5G. Untuk pengetahuan semua, ia juga masih boleh dimuat turun bagi peranti yang tidak didatangkan secara prapasang. Selanjutnya sila pastikan anda juga telah menambah akaun Microsoft pada telefon pintar dan komputer riba terlebih dahulu. Dalam masa sama pastikan komputer riba hendaklah menyokong  versi Windows 10 atau Windows 11 terkini. Ikut arahan pada skrin kedua-dua peranti untuk meneruskan sambungan seterusnya, kemudian ia sedia boleh digunakan. Terdapat dua pilihan sambungan diberikan sama ada melalui kod QR pada skrin komputer riba. Atau anda boleh memilih untuk log masuk menggunakan akaun Microsoft.


Ayuh Beli Peranti Galaxy Terkini!

Dengan Link to Windows semuanya menjadi mudah! Bagi anda yang sedang berkira-kira untuk membeli atau menambah koleksi telefon pintar pula. Inilah masa yang sesuai untuk anda pertimbangkan peranti Galaxy A terkini yang dijual pada harga RM1599 untuk Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G pula dijual dengan RM1899. Kedua-duanya menarik dengan gabungan pelbagai ciri dan fungsi berdasarkan keperluan semasa. Ini termasuk reka bentuk serba baharu, paparan lebih terang, perkakasan yang di naik-taraf dan pengalaman perisian terkini.

Anda juga boleh menggunakan kod khas AMGA34545G bagi mendapatkan aksesori 35W PD Power Adapter Duo yang bernilai RM 99 secara percuma apabila membeli Galaxy A34 | A54 di laman rasmi Samsung. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan promosi menarik mengenai Samsung, sila layari laman web rasmi mereka. 

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd