Cari @ Amanz

Walaupun lebih ramai memfokuskan kepada arena kecerdasan buatan akhir-akhir ini, namun arena web3 seperti masih tidak dilupakan.

Terbaru, Microsoft dilihat menguji integrasi dompet kriptowang secara terbina pada pelayar web mereka, Microsoft Edge.

Melalui penawaran ciri ini, pengguna tidak perlu memasang sebarang pemalam tambahan, sekaligus menjadikan pelayaran lebih selamat dan tidak terdedah dengan bahaya yang hadir ketika memasang pemalam tanpa mengesahkan keselamatannya.

Pengguna juga turut boleh melihat nilai kriptowang yang tersimpan, selain melihat pergerakkan pasaran mahupun berita berkaitan dengan mudah melalui integrasi pada Edge ini.

Buat masa ini, Microsoft mengujinya secara dalaman, dan tidak diketahui sama ada akan diperluaskan kepada pengguna umum atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd