Carian
Manfaatkan Samsung Modes & Routines Untuk Rutin Harian Lebih Konsisten
March 27, 2023 Amy Maizuraa

Secara harfiah kecerdasan buatan (AI) perbualan, pembantu maya atau pembantu digital telah mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia di sekitar. Google Assistant, Siri dan Alexa sehingga kini ialah antara pembantu maya yang digunakan meluas oleh sebahagian besar pengguna bagi memudahkan rutin harian masing-masing. Tetapi jangan dilupa juga Modes & Routines daripada Samsung yang bukan sekadar pembantu maya biasa. Malahan boleh digunakan dalam pelbagai konsep yang menjadikan peranti Samsung Galaxy lebih cekap. Dalam masa sama, ia turut mempunyai pelbagai helah berguna yang boleh membantu pengguna melakukan sesuatu secara automatik dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Modes & Routines.


Apakah Modes & Routines Boleh Buat?

Berbeza dengan yang lain, ia tidak sepenuhnya serasi pada persediaan alatan rumah pintar. Sebaliknya lebih tertumpu dalam mengoptimasikan peranti Samsung Galaxy dan peranti terhad lain yang boleh disambungkan.  Modes & Routines menggunakan kecerdasan mesin untuk mempelajari corak hidup pengguna, lantas mencadangkan rutin sesuatu kerja secara automatik. Ia boleh menetapkan telefon untuk pelbagai perkara bergantung pada arahan termasuk mengawal aplikasi, mengoptimasikan bateri, tetapan rutin berdasarkan lokasi semasa dan lain-lain.

Sebagai contoh mudahnya adalah anda boleh menetapkan Modes & Routines untuk memainkan muzik secara automatik sebaik sahaja ia disambungkan ke kereta. Selain itu, Modes & Routines juga menyediakan rutin pagi yang disyorkan seperti perkara yang boleh anda lakukan selepas bangun tidur. Kemudiannya turut sama bantu kekal fokus dengan menetapkan waktu bekerja, di samping secara konsisten juga membolehkan anda masa rehat yang berkualiti. Dengan cara, ia boleh ditetapkan dalam mod senyap secara automatik pada waktu malam, dalam masa sama turut mengaktifkan penapis cahaya biru atau mematikan ciri Always on Display untuk pengalaman tidur lebih berkualiti.

Sebagai tambahan, terdapat juga ciri pintar yang akan mengaktifkan mod penjimatan kuasa dengan mematikan ciri tertentu apabila bateri berada di tahap yang rendah. Tidak sekadar itu, Modes & Routines juga boleh digunakan untuk rutin senaman dengan mengoptimumkan aturan pada peranti untuk aktiviti seperti berbasikal, kemudian mengelakkan gangguan sewaktu aktiviti dengan mendengar muzik kegemaran anda. Ia agak membantu kerana anda tidak perlu lagi menetapkan satu ciri pada peranti, malahan kesemuanya disediakan dalam setiap keadaan dan lokasi.


Bagaimana Mengakses Modes & Routines?

Anda boleh sahaja mengaksesnya dengan mudah menerusi panel pemberitahuan (notification centre). Selanjutnya anda akan temui beberapa tab yang disediakan iaitu ‘Modes’ dengan beberapa rutin yang telah dikonfiguasi. Bagaimanapun anda masih perlu memasukkan beberapa butiran tambahan bagi melengkapkan rutin harian berkenaan. Sementara itu ‘Routines’ pula boleh di tetap ikut kesesuaian pengguna.

Melaluinya tetapan Modes & Routines adalah melibatkan proses jika/kemudian/maka. Ini bermaksud jika keadaan tertentu ditetapkan seperti masa atau lokasi misalnya, maka perka tertentu juga akan berlaku seperti aplikasi yang dilancarkan. Diberi satu contoh mudah adalah jika tahap bateri berada di bawah 30%, maka sambungan WiFi akan dimatikan. Atau situasi jika terdapat sebarang mesej diterima daripada sesiapa, maka mod bunyi dan kelantangan akan diaktifkan dengan tahap nada dering 73% dan sistem pula 40%. Kesemua ini akan berlaku secara automatik berdasarkan setiap aturan yang telah anda tetapkan. Selain daripada contoh di atas terdapat pelbagai lain aturan lain yang boleh ditetapkan.


Jika anda mempunyai peranti Samsung Galaxy terkini, ia boleh sahaja menemui ciri Modes & Routines ini secara terbina termasuklah peranti Galaxy A34 5G dan Galaxy A54 5G. Pada masa sama, anda yang sedang berkira-kira untuk menambah koleksi telefon pintar pula. Inilah masa yang sesuai untuk pertimbangkan peranti Galaxy A baharu mereka yang dijual pada RM1,599 untuk Galaxy A34 5G. Sementara itu Galaxy A54 5G pula berharga RM1,899 sebuah.

Anda juga boleh menggunakan kod khas AMGA34545G bagi mendapatkan aksesori 35W PD Power Adapter Duo yang bernilai RM 99 secara percuma apabila membeli Galaxy A34 | A54 di laman rasmi Samsung.

Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia

Komen