Carian
Fahmi Fadzil : Harga Internet Fiber Patut Berkurangan Dalam Tempoh Dua Tiga Bulan Lagi
March 19, 2023 Aman

Baru-baru ini, sejak 1 Mac 2023 lepas, harga kos MSAP (Mandatory Standard on Access Pricing) telah dikemaskini kepada harga lebih rendah berbanding sebelumnya.

Selari dengannya, kini Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkongsi mengatakan harga jualan internet kepada pengguna mungkin memperlihatkan penurunan dalam dua tiga bulan lagi.

Perkhidmatan yang mungkin memperlihatkan kemaskini harga jualan adalah termasuk daripada Unifi dan juga Time.

Selain itu, kerajaan juga telah mengumumkan pakej baharu menyasarkan golongan B40, menawarkan pelan 30Mbps pada harga RM69 sebulan.

Komen