Carian
PM Anwar : Kita Perlu Pertimbang Semua Monopoli Touch ‘n Go
March 19, 2023 Aman

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini menyatakan yang mana kerajaan akan memberikan perhatian kepada monopoli Touch n Go dalam arena pengangkutan. Seperti ramai sedia maklum, Touch n Go merupakan medium pembayaran yang digunakan untuk pengangkutan awam dan juga pada plaza tol, serta beberapa lokasi lain.

Pada acara #TemuAnwar yang diadakan bersempena Youth Empowerment Fair 2023, Anwar Ibrahim menjawab persoalan yang diajukan berkenaan dengannya, mengatakan Touch n Go telah beroperasi lebih 2 dekad, dan tiada sebarang progress yang besar pada sistem Touch N Go.

Perdana Menteri turut mengatakan, mungkin kita perlu pertimbangkan kembali monopoli pihak Touch n Go dalam arena berkenaan.

Untuk makluman, Touch n Go merupakan entiti yang dimiliki sepenuhnya oleh CIMB, dan berbeza dengan Touch n Go Digital yang menguruskan dompet digital yang turut mempunyai pelaburan beberapa pihak seperti Lazada dan lain-lain.

Komen