Letusan Gunung Versuvius pada 76 masihi menguburkan bandar purba Pompeii dan Herculeneum. Keseluruhan bandar terbenam di bawah puing, debu dan aliran piroklastik yang membunuh puluhan ribu warga dua bandar ini. Ia hanya ditemukan semula pada tahun 1748 dan kini kedua-dua bandar ini menjadi tarikan pelancong di Itali.

Pelbagai artifak telah ditemukan setakat ini seperti katil, meja, barang kemas, pinggan dan mural pada dinding bangunan. Tetapi satu penemuan skrol purba Herculeneum pada tahun 1750 masih belum dirungkai kerana ia mustahil untuk dibaca kerana ianya terbakar. Sebanyak 1100 skrol masih menyimpan misteri dengan ia terpelihara dalam bentuk papyrus yang terbakar.
Kini Cabaran Herculeneum diumumkan dengan hadiah $250,000 (~RM 1.12 juta) menanti individu atau kumpulan yang boleh membaca skrol Herculeneum. Sebanyak $50,000 akan diberikan kepada pasukan yang dapat mengenalpasti jenis dakwat yang digunakan. Kemudian sebanyak $150,000 pula akan diberikan kepada pasukan yang dapat membaca empat petikan daripada skrol secara berterusan dengan 15% daripada petikan telahpun hilang selama-lamanya. Baki hadiah masih belum dihubungkan.

Cabaran ini diumumkan bagi mempercepatkan proses membaca skrol yang telah terkunci rahsianya selama ribuan tahun. Ahli sejarah teruja dengan penemuan skrol ini kerana ia disimpan di dalam villa yang dahulunya dimiliki oleh Julius Caesar. Terdapat kemungkinan antara karangan purba dari penulis terkemuka di dalam koleksi penuh bersejarah ini.
- Sumber
- Sumber – Scroll Prize