Carian
Pesawat Tempur TAI TF-X Dari Turkiye Diperlihatkan – Pernah Ditawarkan Kepada Malaysia
March 20, 2023 Effi Saharudin

Pesawat tempur generasi ke-lima TAI TF-X diperlihatkan kepada umum pada hujung minggu lalu. Ia memenuhi sasaran Turkiye untuk memperlihatkan prototaip pertama pada tahun 2023 sebelum ia menjalani beberapa ujian pentauliahan sebelum penerbangan pertama dilakukan pada tahun 2026.

TF-X dibangunkan kenderi oleh Turkiye selepas mereka dihalang daripada membeli pesawat F-35 oleh Amerika Syarikat berikutan pembelian sistem peluru berpandu S400 dari Rusia. Pesawat ini dilengkapi dua enjin General Electric F100 yang sudah agak berusia.

Di masa hadapan, enjin rekaan Turkiye sendiri akan digunakan bagi membolehkan keseluruhan pesawat menggunakan komponen buatan tempatan. Apabila beroperasi kelak, TF-X akan menggantikan pesawat F-4 Phantom dan F-16 yang digunakan oleh Turkiye sekarang.

Dari segi rekaan TF-X lebih mirip dengan rekaan F-22 Amerika Syarikat dan KAI KF-21 Korea Selatan. Kemampuan pesawat juga dijangka sama dengan kemampuan supercruise serta senjata disimpan dalam tubuh bagi mengurangkan keratan rentas radar. Dua tahun yang lalu Turkiye pernah mempelawa Malaysia untuk terlibat dalam pembangunan TF-X.

Komen