Cari @ Amanz

Huawei sedia menjadualkan pelancaran Huawei P60 secara rasmi pada minggu ini. Menariknya, beberapa hari sebelum pelancaran telefon berkenaan, Huawei secara rasminya memperlihatkan rekaan belakang telefon pintar Huawei P60.

Huawei P60

Melalui apa yang diperlihatkan, ia menyertakan sebuah lensa dengan rekaan bersaiz sedikit besar, disamping dilengkapi dengan dua lagi lensa kecil. Huawei juga mengekalkan penjenamaan teknologi fotografi XMAGE pada telefon pintar ini.

Maklumat penuh berkaitan dengan telefon pintar ini tidak diketahui. Rekaan kerangka belakang juga dilihat menawarkan rekaan corak abstrak seumpama seramik.


Sama-sama kita nantikan beberapa hari lagi, untuk mendengar secara rasmi penawaran Huawei ini melalui telefon mercu 2023 mereka.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd