Bulan Ramadan bakal tiba pada minggu ini, dan bersempena dengan itu, MSI Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa mereka tampil dengan promosi jualan yang membolehkan pembeli untuk mendapatkan diskaun sehingga RM700 untuk setiap pembelian komputer riba mereka.

Bermula dengan penawaran komputer riba gaming, MSI Katana 17 dan Katana 15 dengan penawaran cip pemprosesan Intel generasi ke-13 dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000 terbaru ditawarkan pada harga RM7699 dan RM6999.

MSI Katana GF66 dengan penawaran Intel Core i5 generasi ke-11 dan Intel Core i7 generasi ke-12 bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 dan GeForce RTX 3050 dengan panel IPS 15 inci Full HD dan kadar segar semula 144Hz pula ditawarkan pada harga RM3999 dan RM4399, memperlihatkan diskaun harga sehingga RM700 untuk kedua-dua komputer riba ini.

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba untuk tujuan produktiviti pula, MSI Modern 14 yang tampil dengan paparan skrin IPS bersaiz 14 inci dan resolusi Full HD dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-11 tampil dengan harga RM1899 dengan diskaun RM200 berbanding dengan harga asal komputer riba tersebut.

Jika anda mahukan pilihan komputer riba dengan kuasa pemprosesan yang lebih hebat, MSI Modern 14 dan 15 yang lebih baru juga hadir dengan penawaran cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 dan Ryzen 7000 dan juga cip pemprosesan Intel generasi ke-12 pada harga RM2499 sehinggalah RM3299.

Promosi jualan bulan Ramadhan ini bermula dari 20 Mac 2023 sehinggalah 30 April 2023, ataupun sementara stok masih ada. Untuk mengetahui butiran lebih lanjut anda boleh layari laman web promosi MSI Malaysia di sini.