Carian
Amazon Akan Membuang 9000 Lagi Kakitangan
March 21, 2023 Effi Saharudin

Proses pengurangan tenaga kerja oleh Amazon masih belum berakhir. Dalam nota yang dihantar kepada kakitangan, CEO Amazon Andy Jassy berkata syarikat akan membuang 9000 lagi pekerja dalam minggu-minggu mendatang. Kakitangan yang terjejas adalah yang bertugas di AWS, PXT, pengiklanan, dan Twitch. 

Amazon Logo

Beberapa bulan yang lalu 18,000 pekerja telah dibuang dalam gelombang pertama bagi mengurangkan kos pasca pandemik. Gelombang kedua pembuangan kerja dilakukan selepas penilaian lebih lengkap dilakukan ke atas semua sudut operasi syarikat. Kesemua syarikat teknologi utama melakukan langkah pengurangan tenaga kerja selepas permintaan berkurangan pasca pandemik. Ini tetap dilakukan walaupun syarikat seperti Amazon adalah sebilang kecil yang mencatatkan keuntungan disebabkan oleh pembelian atas talian yang meningkat ketika pandemik.

Komen