ZippyShare merupakan salah satu perkhidmatan yang sering dituju untuk perkongsian fail, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2006. Ketika itu, terdapat beberapa perkhidmatan perkongsian fail yang memudahkan muat-naik dan muat-turun sesuatu fail termasuk dalam bentuk ZIP atau RAR, dan ZippyShare merupakan antara yang popular.

Walaubagaimanapun, kini dengan populariti perkhidmatan lain termasuk seperti Google Drive yang lebih digunakan meluas, ZippyShare mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan mereka pada penghujung Mac 2023 ini.
ZippyShare mengatakan hal ini adalah disebabkan beberapa perkara, termasuk penawaran pilihan lain dengan prestasi lebih baik, penggunaan penghalan iklan yang menjejaskan pendapatan mereka, termasuk peningkatan harga elektrik.
ZippyShare menyatakan terdapat pelbagai sebab lagi, tetapi secara asasnya, mereka tidak mampu untuk menampung perkhidmatan mereka lagi.
Bagi anda yang pernah menggunakan ZippyShare, boleh memuat-turun sebarang data anda, sebelum ia hilang sepenuhnya selepas ini.
- Sumber
- ZippyShare