Cari @ Amanz

Dalam novel terkemuka Red Storm Rising oleh Tom Clancy, Amerika Syarikat menembak jatuh satelit pengintip milik Soviet ketika peperangan bermula di Jerman. Senario yang dahulunya fiksyen hampir menjadi realiti selepas Rusia mengancam menembak jatuh satelit komunikasi milik negara Eropah kerana membantu Ukraine. Dengan satelit ialah sistem komunikasi yang penting, sistem pertahanan satelit kini perlu dibangunkan.

Northrop Grumman dan IHI Corporation mengumumkan kerjasama untuk membangunkan satelit pertahanan yang boleh mengelakkan serangan ke atas satelit komersial milik Jepun. Satelit Space Domain Awareness (SDA) akan menggunakan rekaan Northrop Grumman dengan sistem pendorong oleh IHI. Berbanding satelit biasa, SDA mempunyai kemampuan bergerak dengan lebih bebas pada orbit berbanding satelit biasa.

Memorandum persetujuan antara Northrop Grumman dan IHI masih baharu ditandatangani maka sistem yang digunakan untuk mempertahankan satelit komersil di orbit masih belum diketahui.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd