Aplikasi laman edgang China Pinduoduo telah dibuang daripada Google Play Store hari ini bersama dengan beberapa lagi aplikasi lain yang dibangunkan oleh mereka. Menerusi ciri Play Protect, Google kini memberikan amaran kepada pengguna Android supaya menyahpasang aplikasi ini dengan segera kerana mempunyai beberapa ciri yang mirip dengan sebuah aplikasi hasad.
Menurut laporan TechCruch, Pinduoduo dituduh oleh beberapa penyelidik sekuriti di China meletakkan perisian hasad dalam aplikasi mereka untuk menjejak aktiviti pengguna. Atas sebab keselamatan, aplikasi Pinduoduo dan beberapa aplikasi lain yang dibangunkan mereka telah ditarik daripada Play Store sementara siasatan dilakukan bagi memastikan ia selamat digunakan. Pihak Pinduoduo masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.